Antara laman web terawal dalam bidang sebegini.Selepas Youtube begitu popular, barulah muncul pelbagai laman web yang cuba meniru konsep Youtube, seolah-olah tumbuh bagaikan cendawan. Perkhidmatan percuma. Tiada caj yang dikenakan untuk mengupload video mahupun menonton video dan perkhidmatan memuaskan.
Terlalu banyak koleksi video yang terkumpul di sana. Sudah tentu semakin banyak pilihan, semakin disukai ramai. Sebagai contoh untuk pemahaman, antara kedai runcit dan supermarket, yang manakah lebih disukai pengguna? Sudah tentu jawapannya supermarket lebih disukai ramai dan lebih popular. Kenapa? Kerana banyak pilihan di sana.
Antara konsep meningkatkan trafik kunjungan pelawat, tidak kiralah samada ke blog atau laman web, kita perlu bijak mencuri trafik dari laman web yang sudah mempunyai trafik yang tinggi. Trafik bermaksud jumlah pelawat laman web atau blog.
Caranya mudah sahaja untuk ‘mencuri’ trafik dari Youtube. Hantar video milik anda, tidak kiralah apa sahaja,hantar dan upload ke Youtube. Dan jangan lupa menyelitkan nama blog atau alamat atau URL laman web anda dalam video tersebut. Jadi, apabila para pelawat Youtube menonton video tersebut, mereka akan ternampak nama atau alamat atau URL laman web anda. Sudah tentu, secara tidak langsung, ini adalah satu cara pengiklanan yang berkesan! Ia tidak kelihatan seperti iklan di TV yang benar-benar seperti iklan mempromosi barang, tetapi menghantar video ke Youtube + alamat laman web anda adalah cara pengiklanan secara tidak langsung, yang tentunya lebih berkesan.
Ia sangat berkesan. Semakin banyak yang anda hantar, semakin banyak trafik yang akan anda dapat. Ini kerana, semakin banyak anda menghantar video, semakin ramai yang akan menonton video-video anda, dan sudah tentulah semakin ramai yang mengenali alamat laman web anda (melalui kaedah yang saya nyatakan tadi). Cubalah jika tidak percaya. Malah, banyak kes telah menunjukkan kejayaan melalui kaedah ini. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment